Indeks biasan

Dalam bidang optik, indeks biasan n satu bahan (medium optik) ialah satu angka tanpa dimensi yang menerangkan bagaimana cahaya atau sebarang jenis radiasi yang lain, tersebar melalui medium tersebut. Ia ditakrifkan sebagaidi mana c ialah kelajuan cahaya dalam vakum dan v ialah kelajuan cahaya dalam bahan tersebut. Sebagai contoh, indeks biasan cahaya bagi air ialah 1.33, bermaksud cahaya bergerak 1.33 kali lebih perlahan dalam air berbanding dalam vakum.Indeks biasan pertama kali disebut dalam hukum Snell bagi pembiasan, n1sinθ1 = n2sinθ2, di mana θ1 dan θ2 adalah sudut sinaran yang mendatang yang melalui antara muka di antara dua bahan dengan indeks biasan n1 dan n2.Sudut Brewster, sudut kritikal bagi biasan dalaman penuh, dan kebolehpantulan satu bahan juga bergantung pada indeks biasan seperti yang diterangkan oleh persamaan-persamaan Fresnel.[1]Indeks biasan boleh dilihat sebagai faktor sebanyak mana halaju dan panjang gelombang radiasi dikurangkan mengikut nilai vakumnya: kelajuan cahaya dalam satu medium ialah v = c / n {\displaystyle v=c/n} dan serupa juga panjang gelombang dalam medium tersebut ialah λ = λ 0 / n {\displaystyle \lambda =\lambda _{0}/n} , di mana λ 0 {\displaystyle \lambda _{0}} ialah panjang gelombang cahaya itu dalam vakum. Ini menunjukkan bahawa vakum mempunyai indeks biasan 1. Dalam sejarah bahan rujukan lain (seperti udara pada tekanan dan suhu piawai) kebiasaannya telah digunakan.Indeks biasan bahan-bahan berbeza mengikut panjang gelombang. Ini dinamakan serakan; ia menyebabkan pemisahan cahaya putih dalam prisma dan pelangi, dan aberasi kromatik dalam lensa. Dalam bahan legap, indeks biasan ialah satu nombor kompleks: bahagian nyatanya menerangkan pembiasan dan bahagian bayangannya menyatakan penyerapan.Konsep indeks biasan digunakan secara meluas dalam keseluruhan spektrum elektromagnet, daripada sinar x ke gelombang radio. Ia juga boleh digunakan dengan fenomena gelombang selain cahaya (seperti bunyi). Dalam keadaan ini, kelajuan bunyi yang digunakan dan medium rujukan selain vakum perlu dipilih.[2]

Rujukan

WikiPedia: Indeks biasan http://www.filmetrics.com/refractive-index-databas... http://books.google.com/books?id=GhpRAAAAYAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=GnAFAAAAQAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=Lo4_AAAAcAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=YPRZAAAAYAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=lMRSAAAAcAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=lsdJAAAAMAAJ&pg=P... http://www.google.com/patents?vid=va2WAAAAEBAJ http://luxpop.com/ http://www.sopra-sa.com/